'MORAL DOWN' BILA MENGINGATKAN BISNESS MASIH BELUM MENJADI??
Semangat kita jatuh sebab kita jangkakan kejayaan itu berlaku dengan cepat, senang dan selesa, dan ia tidak berlaku seperti yang dijangkakan..
Jom kita baca sejarah.. Jom kita pergi selongkar sejarah kisah orang berjaya..yang betul berjaya, (bukan jenis kaya setahun, miskin 5 tahun).. Betapa susahnya mereka cipta kejayaan dan kekayaan mereka..berapa lama mereka berjuang, menahan perit, pedih, sukar dan lihat apa yang mereka hilang. Hayati pengorbanan mereka. Bukan hanya ambil kisah kejayaan saja, yang penting bagaimana mereka membinanya..
Mereka sangat susah membina perniagaan bukan kerana mereka bodoh, tapi mereka kena terima hakikat hubungkait masa vs kejayaan dan kekayaan.
Mereka ambil masa yang lama untuk berjaya bukan kerana mereka kurang cerdik, tapi mereka sedar menempuhi pelbagai rintangan dalam satu-satu tempoh masa dan konsisten itu akan menjadikan mereka bijak. Mereka bijak sebab mereka tahan ujian.
Kejayaan itu perlukan masa walaupun anda adalah orang paling cerdik di dunia..
Kejayaan tetap perlukan masa walaupun anda adalah orang paling rajin didunia.
Sebabnya adalah kita kaya bukan kerana kecerdikan kita semata-mata, bukan kerana kekuatan kita tapi kena sedar bahawa Yang Maha Kuasa mengawal dan menentukannya.
Nature of life, nature of business, setiap sesuatu memerlukan proses dan proses memerlukan masa.
Kita mahu mengelak masa dan terus mahu jadi kaya, itu lah silap kita. Ilmu bukan untuk memendekkan masa untuk berjaya tapi ia sebagai pemudah cara. Masa tetap masa. Dan anda tetap kena laluinya untuk berjaya.
Sebab nak elak masa tu la masuk skim cepat kaya yang akhirnya binasa diri dan keluarga..
BERSABARLAH DENGAN MASA.. TERIMA LAH HAKIKAT BAHAWA KEJAYAAN ITU MEMERLUKAN MASA..
- Hilang semangat? jom baca sejarah orang yang sudah kaya dan berjaya, yang betul-betul berjaya dan juga berjaya pertahankan kejayaan dan kekayaan mereka.. Dan anda akan ketemui bahawa mereka mengambil masa untuk berjaya.
(Abe Hakim)
HANAFI ADNAN
SME@UMK 2014
SME@UMK 2014
No comments:
Post a Comment