Pengalaman usahawan frozen food.
1. MAHU dapat sijil halal Jakim, kerana boleh menjadi booster untuk lariskan produk. Untuk itu perlu renovasi kilang, untuk memenuhi piawai yang ditetapkan. TAPI bajet tak cukup. Tidak lama kemudian, seorang hamba Allah call, kata berminat untuk bantu kerana produk yang dihasilkan berpotensi, tapi tiada sijil halal. Usahawan itu menjelaskan situasinya, dan dengan mudah hamba Allah itu sanggup memberi modal untuk mendapatkan sijil halal itu! Padahal hamba Allah ini langsung tidak dikenali, dan hanya tahu bisnes usahawan ini hanya melalui media sosial. Hamba Allah ini kata, sebab dia buat demikian kerana sebelum ini dia juga pernah diberi sejumlah modal oleh seseorang yang dia juga tidak kenali.
2. Bila dapat sijil Halal, jualan meningkat mendadak. Melebihi tahap production. MAHU tak mahu, perlu kepada mesin baru, TAPI bajet tak cukup. Satu ketika, kawannya datang ke production house nya, dan menyuarakan berminat untuk beri modal kepadanya, dengan syarat dia dapat 8% daripada keuntungan. Kerana jika dia simpan dalam ASB dia akan dapat kadar keuntungan yang sama, tapi dia diberi kepada usahawan ini, dia dapat untung & dalam masa yanga sama dapat bantu usahawan!
Alhamdulillah, perusahaan usahawan ini semakin berkembang & bertambah maju.
HANAFI ADNAN
SME@UMK 2014
No comments:
Post a Comment