Saturday, 1 November 2014

Inventori Memprofil Sahsiah (Personaliti) LEONARD

Inventori Memprofil Sahsiah (Personaliti) LEONARD, atau LPI secara ringkasan, direka oleh Profesor Dr. Leonard Yong untuk memprofil dan mengenalpasti kecenderungan kelakuan individu. LPI dirumus berdasarkan teori model Lima Faktor personality manusia (Five Factors Model of human personality). LPI juga digolongkan di bawah teori personaliti klasikal, iaitu “Types & Traits Theory of classical personality theories”
Profil personaliti (sahsiah) seseorang individu boleh diperolehi dengan mengambil ujian LPI.
Ujian LPI telah ditadbirkan kepada ribuan individu dari Asia, Eropah, Australia dan New Zealand. LEONARD adalah akronim yang membawa maksud “Mari Meninjau Personaliti (Sahsiah) kita berdasarkan dimensi- dimensi kelakuan: Sifat Terbuka, Sifat Berkecuali, Sifat Analitikal, Sifat Peramah dan Sifat Tegas.
LPI boleh mengenalpasti orientasi emosi seseorang individu dan menyatakan personaliti individu tersebut berdasarkan salah satu dari lima dimensi kelakuan yang disebutkan di atas.
LPI telah mengenalpasti 26 ciri personaliti seperti Pengkhayal Kreatif, Pakar Berkecuali, Pemikir Analitikal, Rakan Peramah, Pengadil Yang Tegas dan lain- lain lagi. Personaliti seseorang individu boleh diprofil atau dikenalpasti dengan perisian personaliti LEONARD.
Perisian LPI mudah digunakan dan memberi keputusan (profil personaliti/ sahsiah) yang tepat selepas ujian. Berdasarkan profil personaliti/ sahsiah, seseorang individu tersebut boleh diberi nasihat dan cadangan dalam aspek- aspek berikut:
- Peningkatan diri
– Meningkatkan semangat berpasukan
– Gaya kepimpinan
– Meningkatkan sifat kreatif
– Kemahiran Pembelajaran
Hanafi Adnan
SME@UMK 2014

No comments:

Post a Comment